Friday, 4 March 2011

Bambangan

Buah bambangan yang suda masak berwarna dan rasanya manis.Tapi awas berhati-hati bila mengupas kulitnya kerana getahnya boleh membuatkan kulit anda terbakar.

Cara Membuatnya:

Bahan-Bahan:

5 biji buah bambangan masak
2 biji bambangan
50 gm cili merah
20 gm cili padi

Cara:
  • Buah bambangan dibuang kulit. Ambil isinya sahaja. Potong memanjang berukuran setengah inci. 
  • Belah biji bambangan dan ambil isinya. Parut kasar-kasar. Cili merah dibelah dua. 
  • Gaulkan semua bahan-bahan dan kacau hingga sebati. Simpan di dalam botol kedap udara selama seminggu sebelum boleh dimakan. Sedap bah kalau makan sama ikan masin..

Tuhau

BAHAN-BAHANNYA

1.Tuhau (suka hati brapa banyak)
2.Udang kering(satu bungkus yg kecil)
3.limau kapas secukupnya(limau nipis)
4.garam dan ajino moto secukup rasa
5.cili api (ikut rasa mana mau)


Cara Membuatnya:

  • Tuhau di hiris halus atau kalau rajin tumbuk,klu rajin lagi kasi belender pun bulih. 
  • Udang kering di tumbuk, setelah tu masukkan garam,aji no moto dan cili api.Setelah semuanya sebati,simpan dlm mangkuk yang sesuai.
  • Perah limau kapas tapi jangan kasi ikut itu biji nanti pahit tu.Gunalah penyaring.
  • Akhir sekali, peramkan sampai 20 minit sebelum di hidangkan.

Cara Membuat Hinava Udang

Bahan-bahan :
  • 500 gram udang segar (saiz sederhana)
  • 1 cawan jus limau nipis/ limau kapas
  • 4-5 chili merah dihiris
  • 6 ulas bawang merah dipotong bulat
  • 2 camca besar garam
Cara Menyediakan
  • Buangkan kulit dan kepala udang.
  • Cuci dengan bersih.
  • Belah udang dari kepala ke ekor.
  • Masukkan udang kedalam mangkuk dan perap dengan garam selama 1 minit.
  • Tuang jus limau pada udang dan campurkan bahan-bahan yang lain.
  • Biarkan selama 10 minit sebelum dihidang.