Buah bambangan yang suda masak berwarna dan rasanya manis.Tapi awas berhati-hati bila mengupas kulitnya kerana getahnya boleh membuatkan kulit anda terbakar.
Cara Membuatnya:
Bahan-Bahan:
5 biji buah bambangan masak
2 biji bambangan
50 gm cili merah
20 gm cili padi
Cara:
- Buah bambangan dibuang kulit. Ambil isinya sahaja. Potong memanjang berukuran setengah inci.
- Belah biji bambangan dan ambil isinya. Parut kasar-kasar. Cili merah dibelah dua.
- Gaulkan semua bahan-bahan dan kacau hingga sebati. Simpan di dalam botol kedap udara selama seminggu sebelum boleh dimakan. Sedap bah kalau makan sama ikan masin..
BAHAN-BAHANNYA
1.Tuhau (suka hati brapa banyak)
2.Udang kering(satu bungkus yg kecil)
3.limau kapas secukupnya(limau nipis)
4.garam dan ajino moto secukup rasa
5.cili api (ikut rasa mana mau)
Cara Membuatnya:
- Tuhau di hiris halus atau kalau rajin tumbuk,klu rajin lagi kasi belender pun bulih.
- Udang kering di tumbuk, setelah tu masukkan garam,aji no moto dan cili api.Setelah semuanya sebati,simpan dlm mangkuk yang sesuai.
- Perah limau kapas tapi jangan kasi ikut itu biji nanti pahit tu.Gunalah penyaring.
- Akhir sekali, peramkan sampai 20 minit sebelum di hidangkan.
Bahan-bahan :
- 500 gram udang segar (saiz sederhana)
- 1 cawan jus limau nipis/ limau kapas
- 4-5 chili merah dihiris
- 6 ulas bawang merah dipotong bulat
- 2 camca besar garam
Cara Menyediakan
- Buangkan kulit dan kepala udang.
- Cuci dengan bersih.
- Belah udang dari kepala ke ekor.
- Masukkan udang kedalam mangkuk dan perap dengan garam selama 1 minit.
- Tuang jus limau pada udang dan campurkan bahan-bahan yang lain.
- Biarkan selama 10 minit sebelum dihidang.